Tuesday 30 April 2013

sistem perpaipan



Nota KHB Tingkatan 1: Kerja Paip
BAB 4 KERJA PAIP
Sistem bekalan air di rumah:

a. Sistem terus
membekalkan air terus dari paip perkhidmatan ke semua pili.

b. Sistem tidak terus
membekalkan air ke tangki simpanan air yang akan menyalurkannya semula kepada pili di dalam rumah.
Paip Bekalan Air
Paip Perhubungan
· menghubungkan paip utama dengan meter air.
Paip Perkhidmatan
· menghubungkan meter air ke tangki simpanan air dan pili dapur.
Paip Agihan
· mengagihkan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan di rumah.
· Menggunakan paip jenis BG atau PVC
Paip Cuci
· Dipasang di dasar tangki
· Berfungsi untuk menyalur air keluar semasa kerja pembersihan tangki dijalankan
Paip Limpah
· Dipasang tinggi sedikit dari aras penuh tangki simpanan air
· Bersaiz lebih besar sedikit dari paip perkhidmatan
· Menyalurkan air jika berlaku limpahan air apabila injap bebola rosak.

Tangki Simpanan Air
  • Fungsi: menyimpan air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan lain di rumah.
  • Terletak di atas bilik air dan bertutup untuk mengelakkan pencemaran.
  • Menerima air dari paip perkhidmatan dan dikawal oleh injap bebola serta pelampung.
  • Ia diperbuat daripada bahan kepingan galvani, gentian kaca atau poli.
  • Muatan tangki biasanya antara 140 liter hingga 450 liter.
Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan Paip
Jenis Paip
        1. Paip besi bergalvani (BG)
· Diperbuat daripada keluli yang bersadur dengan zink.
· Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip
· Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah 13mm dan 20 m dengan panjang 6 meter.
· Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm, 32 mm, 38 mm dan 50 mm.
· Hujung paip BG diulir untuk tujuan penyambungan dan pemasangan.
Gred
Ketebalan
Kod warna
Kegunaan
A
Nipis
Perang
Paip Limpah
B
Sederhana
Biru
Paip Agihan
C
Tebal
Merah
Paip perhubungan dan paip perkhidmatan
            2. Paip polivinil klorida (PVC)
· Diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC)
· Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah
· Ringan dan mudah dikendalikan tetapi tidak sesuai untuk menyalurkan air panas.
· Saiz paip PVC di pasaran ialah 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 50 mm.
· Panjang piawaian paip PVC ialah 6 m.

3. Paip Poli (HDPE)
-Paip poli ringan dan berwarna hitam
-paip ini tahan karat,elastik,liat dan boleh melentur akibat bebanan.
-Panjang paip poli ialah 30 meter


Thursday 25 April 2013

Reka bentuk dan penghasilan projek ting 2

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA
REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK
  1. Faktor reka bentuk
    1. Fungsi
      • berfungsi dengan baik dan memenuhi kehendak pengguna
    2. Rupa Bentuk
      • mempunyai konsep dan rupa menarik, stabil dan praktikal ketika menggunakannya
    3. Kesesuaian Bahan
      • menggunakan bahan yang mudah didapati dan mudah dipasang sesuai dengan kos yang perlu dibayar
    4. Ketahanan
      • Kukuh
      • Jika digunakan diluar mesti tahan cuaca dan serangan serangga
      • Tidak mudah rosak
    5. Kos Produk
      • Berpatutan dengan kos pembuatan dan mampu dibeli dan dimiliki pengguna
    6. Keselamatan
      • Tidak mendatang bahaya kepada pengguna dan kesan buruk terhadap alam sekitar
    7. Nilai Komersial
      • Memenuhi cita rasa masa kini dan mampu dipasarkan serta menepati kehendak pasaran 
         
  2. Jenis bahan
    1. Aluminium
      1. Dihasilkan daripada bauksit
      2. Ciri-ciri
        • Pengalir elektrik yang baik selepas tembaga
        • Pengalis haba yang baik
        • Ringan dan mudah dibentuk
        • Mudah dipotong
        • berkilat
      3. Kegunaan
        • Membina badan kapal terbang
        • membuat kabel elektrik voltan tinggi
        • membuat tin minuman dan pekakas dapur
    2. Keluli Lembut
      1. terhasil daripada campuran besi dan karbon
      2. Ciri-ciri :
        • Sejenis logam ferus (mengandungi besi)
        • Mudah dibentuk dan dikerjakan
        • Boleh dibengkokkan
        • Mudah bekarat
      3. kegunaan :
        • Membuat paku
        • Membuat pagar dan gril
    3. Perspek
      1. Sejenis plastik keras dan berkilat
      2. Ciri-ciri
        • Tahan lama dan tidak mudah musnah
        • Mudah terbakar
        • Mudah pecah dan tergores
        • Ringan dan ada yang lutsinar
        • Permukaan rata dan licin
      3. kegunaan
        • Membuat bekas air
        • Membuat plat nombor dan papan kenyataan
        • Membuat menutup model
        • Membuat prototaip
    4. PVC (Polivinil klorida)
      1. Ciri-Ciri
        • Terdapat dalam bentuk paip
        • Ringan mudah pecah
        • Tidak tahan panas dan mudah terbakar
        • Tahan lama
      2. Kegunaan
        • Membuat paip dan sambungan paip 
           
  3. Jenis Pengikat
    1. Ribet 

      Ribet
      1. Riveter 
        • Digunakan untuk memasamg ribet pada kepingan logam dan kayu.
    2. Glu panas 
      1. Mesin Glu Panas 
        • Digunakan untuk memanaskan rod glu.
    3. Staple 

      Dawai kokot
      1. Staple Gun 
      • Digunakan untuk merekat fabrik,kanvas dan kulit 
         
  4. Alatan tangan dan mesin
    1. Pemotong Perspek 
      • Digunakan untuk memotong prespek
    2. Gandin Getah 
      • Digunakan untuk mengetuk logam atau kepingan logam
    3. Penebuk Pusat 
      • Digunakan untuk membuat tanda pada pada permukaan logam sebelum kerja menggerudi
    4. Mesin Gergaji jig 
      • Digunakan untuk memotong papan dan kayu nipis, papan lapis, jubin , kepingan logam nipis.
      • Digunakan juga untuk memotong lengkung
    5. Mesin pemutar skru tanpa wayar (Cordless screwdriver) 
      • Digunakan untuk memasang dan melonggarkan skru
    6. Mesin pengelas (Sander) 
      • Digunakan untuk melicinkan dan meratakan permukaan kayu 
         
  5. Proses kerja
    1. Rekakan beberapa bentuk projek
      Idea 1Idea 2


      Idea 3Idea 4

      Pilih satu rekabentuk terbaik
    2. Membuat lakaran kerja dan kertas projek yang dipilih
    3. Mengukur dan menanda
      • Mengukur dan menanda panjang
      • Mengukur dan menanda lebar
      • Mengukur dan menanda tebal

      Mengukur lebar

      Menanda dan menggaris tepat
    4. Memotong
      • Membelah
        Membelah kayu dengan gergaji tangan
      • Mengerat

        Mengerat dengan gergaji

        Memotong penjuru dengan mesin gergaji jig
    5. Membentuk dan mencantum
      • Menentukan jenis tanggam yang akan digunakan
      • Mengukur dan memotong tanggam
      • Memasang tanggam
      • Menglu

        Memaku adalah sebahagian proses mencantum

        Menglu juga adalah sebahagian proses mencantum
         
  6. Kemasan projek
    • Pilih Jenis kemasan yang paling sesuai
      i. Cat Sembur (Spray)  ii. Tona Kayu  iii. Turpentine  iv. Tepung Penyumbat  v. Syelek  vi. Cat Kilat  

      Kenali jenis kemasan dan cecair pelarut yang sesuai 

       
       Jenis KemasanPelarutKesesuaian
      1Cat Sembur-Untuk permukaan kayu dan logam yang licin
      2Tona Kayu-Untuk permukaan kayu, produk dlm rumah
      3SyelekSpirit methilUntuk permukaan kayu, produk dlm rumah
      4Cat Kilat/LicauTurpentineUntuk permukaan kayu dan logam, luar dan dalam rumah
      5LekarThinnerUntuk permukaan kayu
      6VarnishThinnerUntuk permukaan kayu

       
    • Ratakan dan licinkan permukaan yang akan disapu kemasan
    • Gunakan Kaedah kemasan yang betul

    Pilih kemasan sapu cat ,lekar atau syelek

    Kemasan menggunakan cat sembur

    • Pelekat
      - Pelekat digunakan menggantikan bahan-bahan kemasan 
      - Terdapat dua jenis pelekat : 
      - 1. Pelekat keras (fomika)
      - 2. Pelekat lembut (Sticker)
     
  7. Perancangan, Pembinaan dan Pengubahsuaian
    1. Menentukan dan merancang pembinaan projek
    2. Menyediakan jadual kerja 
       
        MingguMinggu 1Minggu 2
      BilAktivitiWaktu12341234
      1.0Mengenal Pasti Masalah         
      1.1 - Mengumpul maklumat dan data         
      1.2 - Membuat lakaran idea dan memilih         
      2.0Perancangan         
      2.1 - Menyenaraikan bahan         
      2.2 - Menyenaraikan alatan tangan         
      2.3 - Menyenaraikan mesin         
      3.0Pembinaan         
      3.1 - Mengukur, menanda dan memotong         
      3.2 - Memasang         
      3.3 - Menguji dan menilai         
      3.4 - Mengubaisuai         
      3.5 - Membuat kemasan         
      4.0Pendokumentasaian         
      4.1 - Mengumpul dan merekod maklumat         
      4.2 - Mengira kos pengeluaran         
      4.3 - Membuat Persembahan         
    3. Menyenarai bahan, alatan tangan dan mesin yang diperlukan
    4. Peminaan projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih
    5. Menguji dan menilai projek
    6. Mengubahsuai projek
      • Untuk menambah nilai. mutu dan kualiti
      • Untuk membuat penggantian bahan dan pembaikan kaedah pemasangan
         
  8. Pendokumentasian
    1. Mengumpul dan merekod maklumat projek
      • Dokumen disimpan dalam fail mengikut urutan dan sistematik
      • Dokumen dibuat dengan tulisan tangan atau ditaip
      • Dokumen haruslah mengandungi
        • Pernyataan masalah
        • Lakaran projek
        • Lakaran Projek yang dipilih
        • Senarai bahan, alatan, dan mesin yang digunakan
        • Jaduak kerja
        • Pengujian dan penilaian
        • maklumat pengubahsuaian
        • Kos projek
    2. Mengira kos pengeluaran
       Kos Bahan
      BilBahanKuantitiKos SeunitJumlah
      1Kayu Berketam Berlurah 10 x 45 x 200mm1 kpg  
      2Kayu Berketam Berlurah 10 x 45 x 110mm2 kpg  
      3Kayu Berketam Berlurah 10 x 35 x 90mm1 kpg  
      4Kayu Berketam 10 x10 x 105mm2 kpg  
      5Kayu Berketam 10 x 10 x 65mm1 kpg  
      6Bod MDF 3 x 200 x 150mm1 kpg  
      7Perspek Berwarna 2 x 70 x 55mm1 kpg  
      8PVC 4mm x 30mm1 kpg  
      9Kertas Las1 kpg  
      10Paku Panel 19mm10 btg  
      11Skru Benam Sendiri6 btg  
      12Glu Panas4 btg  
      13Cat SemburanSecukupnya  
      14Semburan Lekar JernihSecukupnya  
      15Pelekat1 kpg  
         
      Jumlah
       
       Kos Upah
      =>Jumlah pekerja x masa x kadar upah sejam
      = 1 orang x 3 jam x RM2.50
      = RM7.50
       Kos Overhead
      => Kos elektrik + Kos Air
      = RM0.80 + RM0.50
      = RM1.30
      Kos Pengeluaran
      =>Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhead
      =   RM                  + RM                  + RM
      = RM
    3. Membuat persembahan projek
      Tujuan membuat persembahan :
      • Memperkenalkan idea projek
      • Mendapat komen dan pandangan yang membina
      • Membaiki kualiti projek
Hak Cipta © Muhammad Khairi.2007
SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting